top of page
RAGAAN PASUKAN

Ragaan memainkan peranan yang penting dalam menceritakan semangat juang sebenar anggota di dalam batalion ini. Perkara subjektif seperti semangat, kesungguhan dan kerjasama sukar digambarkan dengan perkataan dan penulisan. Ragaan Utama Batalion ini ialah merupakan alat-alat kebesaran orang Melayu.Terdiri daripada tanduk bersilang, gong dan sebilah keris perak. Tanduk Kerbau yang bersilang melambangkan ’ Setia Berani ’ dan cekal, tabah serta bersemangat waja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Gong pada masa dahulu digunakan untuk mengistiharkan dan menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat.Maka melambangkan batalion ini amat mementingkan saluran penyampaian maklumat (SPM), supaya setiap anggota mengetahui aktiviti yang telah, sedang dan akan berlaku. Hai ini melambangkan juga bahawa warga batalion ini amat peka dengan keadaan sekeliling.PEGAWAI MEMERINTAHSemenjak pasukan ini ditubuhkan pada 1 Jan 1983 seramai 16 Pegawai Memerintah telah berkhidmat di batalion ini. Leftenan Kolonel MOHD RADZI BIN HJ AHMAD (410099) merupakan Pegawai Memerintah yang pertama dari 1 Jan 1983 hingga 27 April 1985.Kesemua Pegawai Memerintah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menerajui pasukan bagi menyempurnakan wawasan pasukan dan melengkapkan segala misi yang diberi.SARJAN MEJAR REJIMENSeramai 15 orang pernah menjawat jawatan sebagai SMR di Batalion Kedua Puluh Satu Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang penubuhnya 15715 Pegawai Waren Satu Mokhtar bin Jantan merupakan SMR yang pertama dari 2 Jan 1982 hingga 15 Jul 1983.

bottom of page